Sunday, June 17

Ciri-Ciri Suami Yang Aku Nak

sejak2 aku sampai kat negeri kesayangan aku ni, yakni Melaka, rata2 member yang aku jumpa cakap pasal calon suami, tarikh kahwin, dan yang sewaktu dengannya,,,


cuti sem ari 2 pun banyak kad2 kahwin menyinggah di rumah, beserta jugak soalan2 bom atom daripada mak cik-mak cik yang suka ambik berat pasal hidup aku ni,,,
"da besar along sekarang, bile nak kahwin", kata sorang mak cik ni,
aku cume mampu tersenyum sambil mencarut dalam hati,,,
aku pelik betul dengan mak cik-mak cik ni, masa sekolah dulu bukan main nasihat suruh belajar betul2, jangan bercinta, nanti rosak masa depan, tapi alih2 bila kite da masuk je 20 tahun, sibuk je tanya bile nak kahwin, apa, dyorang ingat nak cari laki ni macam pilih ikan kat pasar ke, pening kepala aku,,,


tapi memandangkan da ramai sangat yang tanya, aku ada la jugak terpikir pasal benda ni, dan aku rasa aku da ada pun kriteria2 yang aku nak pada laki aku nanti,,,







1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 dan ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: motor kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Kelantan ke airport. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu (ni penting). Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham aku dan aku pun boleh, paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm.. ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat Diploma je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. Tapi kalau dapat yang belajar lebih tinggi daripada aku pun orait jugak. Sebab mak bapak aku sangat pentingkan pelajaran.
11. Kalau dia jenis diam takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak. Sembahyang Jumaaat tak pernah buat2 lupa.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.

16. Boleh terima perangai adik2 aku sekali. 


so, to my future husband, saya harap kita bahagia berumahtangga. sebab saya takut cerai. saya juga akan cuba penuhi syarat awak, selagi saya mampu. terima kasih. 


p/s: growing up is difficult,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...