Sunday, September 11

Cara Makan untuk Diabetes

Dipetik dari page Facebook Segmen Kencing Manis...

Doktor Suruh Mak Cik Kurang Makan

Semalam dalam jam 3 petang, seorang pesakit kencing manis dalam usia 60-an datang ke klinik dengan badan menggeletar, pening2 dan muntah.

Bila dicek paras gula - 6.8. Normal kan?

Lepas bertanya beberapa soalan, mak cik mengadu sakit di ulu hati. Dia juga belum makan tengahari dan hanya sarapan saja.

Rupanya kata mak cik, dia dipesan oleh doktor supaya makan sikit je. Kawal makan. Saya harap mak cik

yang tersilap faham. Saya harap maksud doktor tu kurangkan kuantiti makanan, tapi bukan bilangan waktu makan & bukanlah biar perut lapar.

Selepas bagi ubat gastrik dan masukkan air gula (mak cik muntah tak boleh makan) keadaan mak cik beransur lebih baik.

Walaupun gula 6.8 dan nilai itu adalah normal untuk orang biasa tapi harus diingat, mak cik ialah penghidap kencing manis. Paras gula biasa mungkin lebih tinggi & 6.8 mungkin dah boleh menyebabkan kekurangan gula.

Hikmah makan sebelum lapar

Terkejut mak cik bila saya cadangkan makan 6 kali sehari. Naiklah gula nanti makan 6 kali sehari.

Sebenarnya logik disebalik makan 6 kali tu adalah supaya kita makan sebelum lapar & berhenti sebelum kenyang. Maksudnya makan sikit-sikitlah. Kalau sekali makan 2 pinggan nasi, 6 kali sehari memang... (sambung sendiri la)

Ideanya ialah supaya paras gula kita sentiasa maintain & sentiasa ada bila diperlukan untuk apa2 aktiviti.

Bila kita makan sekali banyak, paras gula dalam darah meningkat dengan mendadak & insulin juga dihasilkan dengan mendadak. Jadi, paras gula akan turun pula dengan cepat.

Sebab tu cepat lapar & bergegar 1 badan sebab tak cukup gula.

Tapi bergantung juga pada jenis makanan, sama ada indek glisemik makanan itu tinggi atau rendah.

Cubalah makan 6 kali sehari tapi sikit2. Anda memang akan rasa perbezaannya.

Dari makcik: makan banyak atau sikit,bukan masalah,yang penting,jaga apa yang kita makan...jangan main sumbat je...kena ambik tahu apa yang baik ikut penyakit kita...and pleazz jangan skip makan...bila tubuh kita tak dapat nutrisi yang cukup,tu yang penyakit lain datang tumpang sekali.

Nak lebih tips dan nasihat tentang kesihatan??? Wassap la makcik...

#pengedarshakleekotabharu
#pengedarshakleebachok
#aeinn0139777917
#sid1063821
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...